Rawatan Braces Terbaik

di Akasia Dental Eco Majestic, Semenyih

Dapatkan rawatan braces dengan doktor gigi profesional kami. Kami menyediakan rawatan pergigian berkualiti tinggi untuk semua pesakit. Nikmati promo braces kami! Whatsapp kami hari ini!

WhatsApp: 011-5401 9266
Call: 011-5401 9266
dental.akasia@gmail.com

Isnin - Jumaat 9:30AM – 9PM
Sabtu: 9:30AM – 5PM
Ahad: 9:30AM – 1PM

Raya Promo 30% Off

Mengapa Memilih Braces di Klinik Pergigian Akasia?

Konsultasi Percuma

Lakukan pemeriksaan kesihatan gigi dan doktor akan memberi konsultasi percuma tentang keadaan mulut anda dan rawatan yang diperlukan.

Percuma Scaling & Polish

Datang untuk rawatan braces, dapatkan rawatan scaling & polishing - secara PERCUMA!

Percuma Study Model & Impression Teeth

Impression teeth digunakan oleh doktor gigi untuk memahami tentang kedudukan gigi anda dan kami akan memberikan anda study model gigi anda.

Pelan Ansuran

Kami menawarkan pelbagai pilihan pembayaran dan kami menawarkan pelan ansuran bulanan yang berpatutan.

Jenis-jenis Braces Kami

Kami di sini untuk menyediakan perkhidmatan pendakap gigi yang komprehensif dan berkualiti untuk anda dan keluarga anda. 

Conventional Braces)

Terdiri daripada bracket, arhcwire dan juga elastic band atau getah.

Self-Ligating Braces

Braces dipasang pada gigi dan anda tidak memerlukan gelang getah atau gelang elastik pada braces.

Ceramic Braces

Berwarna seakan warna gigi. Berfungsi dengan cara yang sama seperti conventional braces, tetapi lebih kurang kelihatan.

Clear Braces (Clear Aligner)

Tidak kelihatan, baiki kedudukan gigi dan cara gigitan yang tidak sejajar.

Dentist Pengalaman

Dr. Sabrina Roslan

Dr Sabrina Roslan berkelulusan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) dari Melaka Manipal Medical College (MMMC) pada tahun 2018. Beliau berkhidmat sebagai pegawai pergigian di Klinik Pergigian Dato' Keramat, Kuala Lumpur dari 2019 hingga 2021. Dr Sabrina juga pernah menghadiri 2 bulan latihan klinikal di Jabatan Oral & Pembedahan Maxillofacial di Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Dr. Sabrina Roslan adalah pakar dalam Pergigian Estetik dan sangat berminat untuk mendidik orang ramai tentang kesihatan pergigian. Beliau juga menerima latihan Ortodontik dan Implan Pergigian selama 1 tahun pada 2021-2022.

Dr. Eizah Muhamad

Dr. Eizah Muhamad berkelulusan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) dari Universiti Alexandria pada tahun 2015.

Beliau berkhidmat sebagai pegamai pergigian di Klinik Pergigian Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dari tahun 2016 hingga 2022. Dr. Eizah juga pernah menghadiri 2 bulan latihan klinikal di Jabatan Oral & Pembedahan Maxillofacial di Hospital Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan sebahagian daripada "Dental Promotion Team" (DPT) dari tahun 2020 sehingga 2022. Di mana mereka banyak memfokuskan kepada kesedaran, pendidikan dan promosi kesihatan pergigian kepada orang awam.

Selain itu, Dr Eizah Muhamad juga berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Mandarin.

Rawatan Braces Kami

Kami di Klinik Pergigian Akasia menyediakan perkhidmatan pergigian yang komprehensif untuk anda dan keluarga. 

Gigi Jarang

Jarak yang banyak antara gigi menyebabkan gigi tidak tersusun.

Gigi Berterabur

Gigi tumbuh dengan rapat secara tidak seragam dan tidak teratur.

Gigi Atas Kedepan

Gigi atas yang terlebih ke hadapan melebihi gigi bawah.

Gigitan Terbuka

Gigi tidak tertutup dengan rapat semasa mulut tertutup.

Gigi Jongang

Gigi atas tumbuh ke hadapan melebih 1 - 3mm dari gigi belakang.

Gigi Bersilang

Gigi atas bersilang secara tidak seragam dengan gigi bawah.

Gigi Bawah Kedepan

Gigi bawah yang tumbuh ke hadapan melebihi gigi atas.

Gigi Abnormal

Gigi yang tumbuh pada tempat yang tidak sepatutnya.

Review 5 Bintang dari Patient

Klinik Pergigian Akasia

Memberikan Pengalaman Rawatan yang Terbaik

Klinik Pergigian Akasia terletak di Tingkat Bawah Kawasan Perniagaan Whitten, Eco Majestic Semenyih dibuka pada Jun 2022. Misi Klinik Pergigian Akasia adalah untuk menjadi peneraju dalam menyediakan rawatan mampu milik dengan bahan dan produk berkualiti tinggi selain khidmat pelanggan yang cemerlang di samping mendidik kepentingan kesihatan pergigian dan kebersihan mulut kepada masyarakat.

Di Klinik Pergigian Akasia, kami hanya menggunakan produk dan bahan berkualiti tinggi. Klinik kami juga direka untuk memberi anda keselesaan dan ketenangan semasa melawat. Bilik solat dan tandas untuk kerusi roda juga disediakan.

Nikmati percuma wifi and percuma kopi dan minuman ringan

Kami Memenuhi Segala Keperluan Pergigian Anda

Percantikkan senyuman dengan gigi yang teratur bersama kami. Dapatkan promo hebat dan instalment bulanan. Whatsapp kami hari ini untuk tempahan slot temujanji!